Followers

Friday 21 June 2013

Popia Seaweed Jepun

Assalamualaikum / salam sejahtera..berbulan lamanya saya tidak update blog dan FB resepi Tambatan Hati suza..Bukan tidak rindu pada semua orang, Tipu juga kalau saya kata saya tak teringat lansung untuk update blog/Fb tapi apakan daya..kadang2 keadaan membuat kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu…Hari ni di hari Jumaat yang mulia ini saya nak mulakan semula apa yang dah mula tertinggal dalam hidup saya…Segala dugaan yang datang perlu di tempuh dengan kekuatan dan yakin pada NYA.. walau hari2 perasaan rindu itu sering bertandang , hati mula menjadi letih, perasaan menjadi pilu, mengharap terus mengharap, berdoa dan terus berdoa…
Pada yang masih sayang, yang mengambil berat, yang sentiasa berada dekat dengan saya dalam susah dan senang, memujuk saya dalam pilu dan sayu..hari ni saya nak share resepi paling mudah dan menjadi kegemaran anak2 saya. Teringat kami selalu makan bersama sambil berebut2 seaweed sebab masing2 nak lebih seaweed, mereka nak DIET..so saya ajar anak2 makan makanan yang sihat dan berkhasiat macam ni…Biarlah walau saya yg terkenang, ia tetap manis dalam sanubari saya…(sambil senyum) saya harap cuba ya resepi ni.. SAYANG SEMUA

*Popia seaweed Jepun (6 orang)

Bahan:

15 keping kulit popia bersaiz kecil – boleh di beli di pasaraya
3 keping seaweed Jepun – di gunting sebesar 2 jari
1 mangkuk kecil cornflake – di ramas kasar
Thousand Ireland

Bahan di potong halus memanjang: ( bersihkan sebelum potong halus dan di rendam ais)

1 biji epal hijau - (jangan buang kulit)
1 biji epal merah - (jangan buang kulit)
1 batang lobak merah
1/2 biji mangga muda

Cara:

1.       Letakkan kulit popia di pinggan, letak seaweed diatas kulit popia, tambah lobak   dan    buah-buahan yang di potong halus, tabur conrnflakes dan tambah           thousand      Ireland. Bungkus dan terus dimakan.

(makanan ini adalah kegemaran anak2 saya)


          Boleh ditambah buah-buahan lain megikut cita rasa.