Assalamualaikum/Salam sejahtera..salam pagi Khamis yang tenang..Pagi ni akak terasa rindu pada semua orang..rasa nak nyanyi lagu OMBAK RINDU..dok tepi pantai sambil menikmati angin pantai dan mendengar deruan ombak...indahnya Alam..atau..duduk di bangku bawah pokok besar sambil nyanyi lagu MOHABATTEIN...(teringat shah rukh khan la pulak)...Adeh!!! sebab tiba2 teringat pada semua orang, hari ni akak nak masak ikan cencaru kegemaran arwah ibu mertua..arwah memang suka makan makanan yang berunsurkan masam2 ni..masak asam, asam laksa, asam rebus serani....selera orang tua barangkali ketika itu...jom hari ni cuba masakan ni... (Tengok gambar dalam kuali tu, hari ni mood ambik gambar atas dapur je...yang bersepah kiri kanan tu..abaikan je lah..lebih2 lagi kuali tua yg cerah warnanya tu...hehheh)
Bahan :
3
ekor ikan cencaru
Kunyit
serbuk
Bahan tumbuk
4
biji cili merah
6
biji cili api
Sebiji
bawang besar
Sedikit
belacan
garam
Bahan kuah
Satu cawan air asam jawa pekat
2
sudu besar Gula
garam
Minyak
untuk menggoreng
cara :
1.
Ikan di cuci, belah belakang dan lumurkan
dengan kunyit serbuk dan sedikit garam
2.
Ambik bahan tubuk dan di sumbat ke
bahagian belakang ikan
3.
Goreng ikan sehingga garing.
ketepikan. Panaskan kuali masukkan air asam jawa, gula dan sedikit garam (tak perlu
banyak kerana ikan goreng telah di sapu garam).
4.
Biarkan mendidih dan tuangkan pada ikan
yg dah di goreng tadi ~~ sedia di makan