Followers

Wednesday 17 April 2013

Ikan Cencaru belah asam



Assalamualaikum/Salam sejahtera..salam pagi Khamis yang tenang..Pagi ni akak terasa rindu pada semua orang..rasa nak nyanyi lagu OMBAK RINDU..dok tepi pantai sambil menikmati angin pantai dan mendengar deruan ombak...indahnya Alam..atau..duduk di bangku bawah pokok besar sambil nyanyi lagu MOHABATTEIN...(teringat shah rukh khan la pulak)...Adeh!!! sebab tiba2 teringat pada semua orang, hari ni akak nak masak ikan cencaru kegemaran arwah ibu mertua..arwah memang suka makan makanan yang berunsurkan masam2 ni..masak asam, asam laksa, asam rebus serani....selera orang tua barangkali ketika itu...jom hari ni cuba masakan ni... (Tengok gambar dalam kuali tu, hari ni mood ambik gambar atas dapur je...yang bersepah kiri kanan tu..abaikan je lah..lebih2 lagi kuali tua yg cerah warnanya tu...hehheh)

 

Bahan :

3 ekor ikan cencaru
Kunyit serbuk

Bahan tumbuk

4 biji cili merah
6 biji cili api
Sebiji bawang besar
Sedikit belacan
garam

Bahan kuah

Satu cawan air asam jawa pekat
2 sudu besar Gula
garam
Minyak untuk menggoreng

cara :

1.    Ikan di cuci, belah belakang dan lumurkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam

2.    Ambik bahan tubuk dan di sumbat ke bahagian belakang ikan

3.    Goreng ikan sehingga garing. ketepikan. Panaskan kuali masukkan air asam jawa, gula dan sedikit garam (tak perlu banyak kerana ikan goreng telah di sapu garam).
4.    Biarkan mendidih dan tuangkan pada ikan yg dah di goreng tadi ~~ sedia di makan




No comments:

Post a Comment