Followers

Saturday 6 April 2013

seafood Cabonara Spaghetti



Assalamualaikum/salam sejahtera....Dah lama benar rasanya tak update blog..rindu rasanya pada semua. Hajat dihati memang kalau boleh nak update masakan setiap hari..Namun apakan daya..Kita hanya mampu merancang Tuhan yg menentukan segala...Nak bayar hutang kerana lama bercuti..malam ni akak nak berkongsi resepi cabonara spaghetti untuk semua...harap2 dapat lah mencuba untuk hari esok..makan bersama seisi keluarga...

selamat mencuba...Doa untuk semua semuga hidup kita semua senantiasa mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh NYA..amin



Bahan:

1 bungkus spaghetti
½ biji bawang besar holand cincang
5 ulas bawang putih cincang
5 biji Cendawan shitake – potong nipis
10 ekor udang – jangan buang kulit
3 ekor sotong putih besar- di potong nipis bulat
½ mangkuk kecil ayam
4 cawan cooking cream (atau secukupnya-terpulang kepada kepekatan)
1 sdt the mix herb
1sdt oregano
1sdt parsley
1 sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit parmesan cheese



Cara :

1.       Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan mushroom.
2.       masukkan udang, ayam dan sotong. Masukkan cooking cream, mix herbs, oregano, parsley dan serbuk pati ayam. Biakan memekat , tambah parmesan cheese. Kacau jgn berketul.

Siap di makan bersama spaghetti yang telah di rebus.





No comments:

Post a Comment