Assalamualaikum/ salam sejahtera… wahhhh…rindu benar rasa
nya pada semua..beberapa purnama rasanya tidak menjenguk blog/fb tambatan hati.
Raya pun dah habis.. Bukan benci, bukan
tak sayang tapi masa tak mengizinkan…mood
pun datang dan pergi…idea untuk bertegur sapa pun pudar dan mendung….dah tak
nak berjanji lagi.. berserah pada keadaan…harap2 berkesempatan..Insyaa Allah-okay .. hari ni
mood datang..bukan apa..ada anak saudara akak sorang ni..(lelaki) kami panggil
dia Joy… sebab dia suka buat kami gelak…hari ni dia ajak akak buat cream puff
..tak tahu lah..memang dalam keluarga akak..yang lelaki memang minat
memasak..yang perempuan pun minat..tapi yang lelaki minat dia orang lebih
menyerlah…kami buat, kami makan panas2… fuhhhh..kalau mcm ni selalu bertambah
tembam lah kami sekeluarga…jom akak nak kongsi resepi…cuba jgn tak cuba.. (abaikan
gambar yg mendung2 suram tu) hehehe J
Tambatan Hati Suza
Followers
Saturday, 7 September 2013
Sunday, 7 July 2013
RIBEYE OPEN SANDWICH
Assalamaualaikum/ salam sejahtera....Nampak nya RAMADHAN. BULAN PENUH BARAKAH RAHMAH DAN MAGHFIRAH AKAN SEGERA MENJUMPAI KITA.
Dirumah, kami sibuk menyiapkan tempahan kuih sepit dan karipap sejuk beku. alhamdulillah tempahan untuk hari raya dan bulan ramadan dah bermula.. seronok bila tengok anak2 dan anak2 sedara bergigih mencari wang saku untuk hari raya..semoga Allah memberkati setiap rezeki yang kami perolehi..
Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb
Bila semua dah penat..selera untuk makan nasi pun berkurang, jadi kami tukar pada yang mudah dan menyelerakan..jom cuba resepi akak untuk hari ini..bila masak masakan western saya pasti teringatkan anak sulung saya yang memang pandai dalam mengolah maskan seperti ini...
Ribeye open sandwich
Bahan A:
1 ketul rib eye (200 g)
1 sdt serbuk paprika
1 sdt Sedikit Cajun
1 sdt mix herb
Sedikit garam
Sedikit olive oil
Cara:
1. Perap kan ribeye dengan semua bahan diatas. Gril diatas kuali hingga masak. Bila sudah masak, potong nipis. Ketepikan
Bahan B:
Roti perancis di belah dua dan di potong panjang – ikut kegemaran
6 hirisan timun – di panaskan diatas kuali tanpa minyak
Sedikit daun parsley cincang
4 ketul cendawan butang –potong nipis dan dipanaskan dengan sedikit butter
Sedikit daun salad
Sedikit thousand Ireland
Sedikit parmesan cheese
Cara:
1. Roti perancis di sapu butter dan di tabur parsley. Panaskan atas kuali.
2. Tabur parmesan cheese, susun salad dan timun.
3. Susun daging dan cendawan. Dan di makan bersama thousand Ireland.
RIBEYE OPEN SANDWICH
Assalamaualaikum/ salam sejahtera....Nampak nya RAMADHAN. BULAN PENUH BARAKAH RAHMAH DAN MAGHFIRAH AKAN SEGERA MENJUMPAI KITA.
Dirumah, kami sibuk menyiapkan tempahan kuih sepit dan karipap sejuk beku. alhamdulillah tempahan untuk hari raya dan bulan ramadan dah bermula.. seronok bila tengok anak2 dan anak2 sedara bergigih mencari wang saku untuk hari raya..semoga Allah memberkati setiap rezeki yang kami perolehi..
Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb
Bila semua dah penat..selera untuk makan nasi pun berkurang, jadi kami tukar pada yang mudah dan menyelerakan..jom cuba resepi akak untuk hari ini..bila masak masakan western saya pasti teringatkan anak sulung saya yang memang pandai dalam mengolah maskan seperti ini...
Ribeye open sandwich
Bahan A:
1 ketul rib eye (200 g)
1 sdt serbuk paprika
1 sdt Sedikit Cajun
1 sdt mix herb
Sedikit garam
Sedikit olive oil
Cara:
1. Perap kan ribeye dengan semua bahan diatas. Gril diatas kuali hingga masak. Bila sudah masak, potong nipis. Ketepikan
Bahan B:
Roti perancis di belah dua dan di potong panjang – ikut kegemaran
6 hirisan timun – di panaskan diatas kuali tanpa minyak
Sedikit daun parsley cincang
4 ketul cendawan butang –potong nipis dan dipanaskan dengan sedikit butter
Sedikit daun salad
Sedikit thousand Ireland
Sedikit parmesan cheese
Cara:
1. Roti perancis di sapu butter dan di tabur parsley. Panaskan atas kuali.
2. Tabur parmesan cheese, susun salad dan timun.
3. Susun daging dan cendawan. Dan di makan bersama thousand Ireland.
Friday, 21 June 2013
Popia Seaweed Jepun
Assalamualaikum /
salam sejahtera..berbulan lamanya saya tidak update blog dan FB resepi Tambatan
Hati suza..Bukan tidak rindu pada semua orang, Tipu juga kalau saya kata saya
tak teringat lansung untuk update blog/Fb tapi apakan daya..kadang2 keadaan membuat
kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu…Hari ni di hari Jumaat yang mulia
ini saya nak mulakan semula apa yang dah mula tertinggal dalam hidup saya…Segala
dugaan yang datang perlu di tempuh dengan kekuatan dan yakin pada NYA.. walau hari2 perasaan rindu itu sering bertandang , hati mula
menjadi letih, perasaan menjadi pilu, mengharap terus mengharap, berdoa
dan terus berdoa…
Pada yang masih sayang, yang mengambil berat, yang
sentiasa berada dekat dengan saya dalam susah dan senang, memujuk saya dalam
pilu dan sayu..hari ni saya nak share resepi paling mudah dan menjadi kegemaran
anak2 saya. Teringat kami selalu makan bersama sambil berebut2 seaweed sebab
masing2 nak lebih seaweed, mereka nak DIET..so saya ajar anak2 makan makanan
yang sihat dan berkhasiat macam ni…Biarlah walau saya yg terkenang, ia tetap
manis dalam sanubari saya…(sambil senyum) saya harap cuba ya resepi ni.. SAYANG
SEMUA
*Popia seaweed Jepun
(6 orang)
Bahan:
15
keping kulit popia bersaiz kecil – boleh di beli di pasaraya
3
keping seaweed Jepun – di gunting sebesar 2 jari
1
mangkuk kecil cornflake – di ramas kasar
Thousand
Ireland
Bahan di potong
halus memanjang: ( bersihkan sebelum potong halus dan di rendam ais)
1
biji epal hijau - (jangan buang kulit)
1
biji epal merah - (jangan buang kulit)
1
batang lobak merah
1/2
biji mangga muda
Cara:
1.
Letakkan kulit popia di pinggan,
letak seaweed diatas kulit popia, tambah lobak dan
buah-buahan yang di potong halus, tabur
conrnflakes dan tambah thousand Ireland. Bungkus dan terus dimakan.
(makanan ini adalah kegemaran anak2 saya)
Boleh ditambah buah-buahan lain
megikut cita rasa.
Thursday, 2 May 2013
Daging Masak Hitam (5 orang)
Assalamualaikum / Salam sejahtera....Hari ini teringat kata2 orang tua2..anak dara mesti pandai masak kalau tak tau masak macam mana nak kawin? ..Bila pandai masak pulak nanti..mak cik-makcik semua cakap.."Pandainya masak, boleh buat menantu"..masa tu tersipu-sipu perasan. hehehheh...tu bukan akak..ni cerita orang lain. Pada akak nak jadi menantu bukan saja sekadar "rajin" masak..tingkah laku, hormat orang tua, menganggap keluarga suami itu seperti keluarga kita sediri itu yg penting...Restu keluarga yang paling penting..Ibubapa ni sebenarnya mau kan yg terbaik untuk anak2...Jadi apa pun yg kita buat, siapa pun kita..Jangan Lupa keluarga, terutama kedua Ibubapa..Kasih sayang mereka tiada bandingannya..Di hari jumaat yang indah ini akak nak kongsi masakan DAGING MASAK HITAM....apa kata kita masak untuk IBU,MAMA, MUMMY, UMIE...dan AYAH,PAPA,ABAH semoga kasih sayang kita pada mereka kekal abadi..AMIN
Bahan-Bahan:
½ kg daging ( direbus hingga empuk
toskan, bila dah sejuk hiris nipis ) - jika gunakan daging yg lembut tak perlu di rebus dulu
2 cawan air rebusan daging
1/2 cawan kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
1 biji tomato potong 4
8 biji cili padi buang tangkai
1 biji cili merah dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam & serbuk lada putih
secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
10 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Kisar
bahan kisar hingga halus ( jika di campur dengan air rebusan daging pun boleh)
2. Panas
kan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
3. Bila
dah naik minyak masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan kacau sebati selama 3 minit.
4. Kemudian
masukkan daging kacau dan masak sampai kuah agak kering.
5. Bila
kuah dah agak kering masukkan kicap manis , kicap pekat ,serbuk lada sulah, pes asam jawa dan perasakan
dengan garam dan kacau sebati sampai kuah
betul2 kering.
6. Bila
kuah sudah memekat masukkan tomato dan cili padi kacau sebentar dan tutup api. Taburkan hirisan cili merah
sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
Jika tak ada serbuk jintan manis dan jintan putih..boleh juga di kisar jintan dengan bahan kisar sahaja.
Wednesday, 17 April 2013
Ikan Cencaru belah asam
Assalamualaikum/Salam sejahtera..salam pagi Khamis yang tenang..Pagi ni akak terasa rindu pada semua orang..rasa nak nyanyi lagu OMBAK RINDU..dok tepi pantai sambil menikmati angin pantai dan mendengar deruan ombak...indahnya Alam..atau..duduk di bangku bawah pokok besar sambil nyanyi lagu MOHABATTEIN...(teringat shah rukh khan la pulak)...Adeh!!! sebab tiba2 teringat pada semua orang, hari ni akak nak masak ikan cencaru kegemaran arwah ibu mertua..arwah memang suka makan makanan yang berunsurkan masam2 ni..masak asam, asam laksa, asam rebus serani....selera orang tua barangkali ketika itu...jom hari ni cuba masakan ni... (Tengok gambar dalam kuali tu, hari ni mood ambik gambar atas dapur je...yang bersepah kiri kanan tu..abaikan je lah..lebih2 lagi kuali tua yg cerah warnanya tu...hehheh)
Bahan :
3
ekor ikan cencaru
Kunyit
serbuk
Bahan tumbuk
4
biji cili merah
6
biji cili api
Sebiji
bawang besar
Sedikit
belacan
garam
Bahan kuah
Satu cawan air asam jawa pekat
2
sudu besar Gula
garam
Minyak
untuk menggoreng
cara :
1.
Ikan di cuci, belah belakang dan lumurkan
dengan kunyit serbuk dan sedikit garam
2.
Ambik bahan tubuk dan di sumbat ke
bahagian belakang ikan
3.
Goreng ikan sehingga garing.
ketepikan. Panaskan kuali masukkan air asam jawa, gula dan sedikit garam (tak perlu
banyak kerana ikan goreng telah di sapu garam).
4.
Biarkan mendidih dan tuangkan pada ikan
yg dah di goreng tadi ~~ sedia di makan
Saturday, 6 April 2013
seafood Cabonara Spaghetti
Assalamualaikum/salam sejahtera....Dah lama benar rasanya tak update blog..rindu rasanya pada semua. Hajat dihati memang kalau boleh nak update masakan setiap hari..Namun apakan daya..Kita hanya mampu merancang Tuhan yg menentukan segala...Nak bayar hutang kerana lama bercuti..malam ni akak nak berkongsi resepi cabonara spaghetti untuk semua...harap2 dapat lah mencuba untuk hari esok..makan bersama seisi keluarga...
selamat mencuba...Doa untuk semua semuga hidup kita semua senantiasa mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh NYA..amin
Bahan:
1
bungkus spaghetti
½
biji bawang besar holand cincang
5
ulas bawang putih cincang
5
biji Cendawan shitake – potong nipis
10
ekor udang – jangan buang kulit
3
ekor sotong putih besar- di potong nipis bulat
½
mangkuk kecil ayam
4
cawan cooking cream (atau secukupnya-terpulang kepada kepekatan)
1
sdt the mix herb
1sdt
oregano
1sdt
parsley
1
sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit
parmesan cheese
Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar,
bawang putih dan mushroom.
2.
masukkan udang, ayam dan sotong.
Masukkan cooking cream, mix herbs, oregano,
parsley dan serbuk pati ayam. Biakan memekat , tambah parmesan cheese. Kacau jgn berketul.
Siap
di makan bersama spaghetti yang telah di rebus.
Subscribe to:
Posts (Atom)