Assalamualaikum /
salam sejahtera..berbulan lamanya saya tidak update blog dan FB resepi Tambatan
Hati suza..Bukan tidak rindu pada semua orang, Tipu juga kalau saya kata saya
tak teringat lansung untuk update blog/Fb tapi apakan daya..kadang2 keadaan membuat
kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu…Hari ni di hari Jumaat yang mulia
ini saya nak mulakan semula apa yang dah mula tertinggal dalam hidup saya…Segala
dugaan yang datang perlu di tempuh dengan kekuatan dan yakin pada NYA.. walau hari2 perasaan rindu itu sering bertandang , hati mula
menjadi letih, perasaan menjadi pilu, mengharap terus mengharap, berdoa
dan terus berdoa…
Pada yang masih sayang, yang mengambil berat, yang
sentiasa berada dekat dengan saya dalam susah dan senang, memujuk saya dalam
pilu dan sayu..hari ni saya nak share resepi paling mudah dan menjadi kegemaran
anak2 saya. Teringat kami selalu makan bersama sambil berebut2 seaweed sebab
masing2 nak lebih seaweed, mereka nak DIET..so saya ajar anak2 makan makanan
yang sihat dan berkhasiat macam ni…Biarlah walau saya yg terkenang, ia tetap
manis dalam sanubari saya…(sambil senyum) saya harap cuba ya resepi ni.. SAYANG
SEMUA
*Popia seaweed Jepun
(6 orang)
Bahan:
15
keping kulit popia bersaiz kecil – boleh di beli di pasaraya
3
keping seaweed Jepun – di gunting sebesar 2 jari
1
mangkuk kecil cornflake – di ramas kasar
Thousand
Ireland
Bahan di potong
halus memanjang: ( bersihkan sebelum potong halus dan di rendam ais)
1
biji epal hijau - (jangan buang kulit)
1
biji epal merah - (jangan buang kulit)
1
batang lobak merah
1/2
biji mangga muda
Cara:
1.
Letakkan kulit popia di pinggan,
letak seaweed diatas kulit popia, tambah lobak dan
buah-buahan yang di potong halus, tabur
conrnflakes dan tambah thousand Ireland. Bungkus dan terus dimakan.
(makanan ini adalah kegemaran anak2 saya)
Boleh ditambah buah-buahan lain
megikut cita rasa.
Waalaikumussalam,tergerak hati nk mencari makanan seaweed. alhamdulillah mudah jer rupanya bole mkn terus plk tu. tkasih byk2:)
ReplyDeletewww.asmahabubakar.com