Assalamualaikum / Salam sejahtera....Hari ini teringat kata2 orang tua2..anak dara mesti pandai masak kalau tak tau masak macam mana nak kawin? ..Bila pandai masak pulak nanti..mak cik-makcik semua cakap.."Pandainya masak, boleh buat menantu"..masa tu tersipu-sipu perasan. hehehheh...tu bukan akak..ni cerita orang lain. Pada akak nak jadi menantu bukan saja sekadar "rajin" masak..tingkah laku, hormat orang tua, menganggap keluarga suami itu seperti keluarga kita sediri itu yg penting...Restu keluarga yang paling penting..Ibubapa ni sebenarnya mau kan yg terbaik untuk anak2...Jadi apa pun yg kita buat, siapa pun kita..Jangan Lupa keluarga, terutama kedua Ibubapa..Kasih sayang mereka tiada bandingannya..Di hari jumaat yang indah ini akak nak kongsi masakan DAGING MASAK HITAM....apa kata kita masak untuk IBU,MAMA, MUMMY, UMIE...dan AYAH,PAPA,ABAH semoga kasih sayang kita pada mereka kekal abadi..AMIN
Bahan-Bahan:
½ kg daging ( direbus hingga empuk
toskan, bila dah sejuk hiris nipis ) - jika gunakan daging yg lembut tak perlu di rebus dulu
2 cawan air rebusan daging
1/2 cawan kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
1 biji tomato potong 4
8 biji cili padi buang tangkai
1 biji cili merah dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam & serbuk lada putih
secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
10 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Kisar
bahan kisar hingga halus ( jika di campur dengan air rebusan daging pun boleh)
2. Panas
kan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
3. Bila
dah naik minyak masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan kacau sebati selama 3 minit.
4. Kemudian
masukkan daging kacau dan masak sampai kuah agak kering.
5. Bila
kuah dah agak kering masukkan kicap manis , kicap pekat ,serbuk lada sulah, pes asam jawa dan perasakan
dengan garam dan kacau sebati sampai kuah
betul2 kering.
6. Bila
kuah sudah memekat masukkan tomato dan cili padi kacau sebentar dan tutup api. Taburkan hirisan cili merah
sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
Jika tak ada serbuk jintan manis dan jintan putih..boleh juga di kisar jintan dengan bahan kisar sahaja.
No comments:
Post a Comment