Assalamualaikum/salam sejahtera... Dah lama rasanya akak tak buat kerabu..hari ni terigin nak makan kerabu la pulak..selera kampung kita hari ni. favourite akak kalau makan ala2 kampung ni..kena pulak dengan ikan bakar air asam, kerabu dan sambal belacan atau budu yang di perah limau nipis dan cili padi potong..fuhhh memang kena dengan selera akak ....jangan sampai perut dah menyanyi ROCK baru nak mula pegang periuk belanga....jom kita masak selera kampung hari ni ..:))
*Kerabu peria (5-6
orang)
Bahan:
1 biji buah peria di potong nipis, direndam didalam air garam, di cuci dan di rebus hingga lembut dan di tos.
½ cawan pati santan (ikut citarasa)
2 sudu besar air asam limau nipis
garam gula secukup rasa
1/4
biji kelapa, jadikan kerisik
Bahan2 yang
ditumbuk:
3 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam,
2 biji cili padi hijau – di mayang
2 ekor ikan selayang, bakar ambil isi sahaja (guna ikan rebus pun boleh)
Cara2 :
1. Campurkan semua bahan, gaul sebati.
Sesuaikan asam garamnya, bolehlah dihidangkan.
Jika suka, boleh tambah sedikit budu atau belacan. Terpulang selera masing2.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
yummyyyy
ReplyDelete