Followers

Saturday 7 September 2013

custard cream puff

Custard cream puff


Assalamualaikum/ salam sejahtera… wahhhh…rindu benar rasa nya pada semua..beberapa purnama rasanya tidak menjenguk blog/fb tambatan hati.  Raya pun dah habis.. Bukan benci, bukan tak sayang tapi masa tak  mengizinkan…mood pun datang dan pergi…idea untuk bertegur sapa pun pudar dan mendung….dah tak nak berjanji lagi.. berserah pada keadaan…harap2  berkesempatan..Insyaa Allah-okay .. hari ni mood datang..bukan apa..ada anak saudara akak sorang ni..(lelaki) kami panggil dia Joy… sebab dia suka buat kami gelak…hari ni dia ajak akak buat cream puff ..tak tahu lah..memang dalam keluarga akak..yang lelaki memang minat memasak..yang perempuan pun minat..tapi yang lelaki minat dia orang lebih menyerlah…kami buat, kami makan panas2… fuhhhh..kalau mcm ni selalu bertambah tembam lah kami sekeluarga…jom akak nak kongsi resepi…cuba jgn tak cuba.. (abaikan gambar yg mendung2 suram tu) hehehe J



  1. Bahan puff :

    100 g mentega
    250 air
    ½ sudu the garam
    150 g tepung gandum – diayak
    3 biji telur

    Cara:

    1.    Masukkan mentega, air dan garam dalam periuk. Masak dengan api perlahan hingga air mendidih dan mentega cair.
    2.    Masukkan tepung gandum, kacau pantas satu arah dengan api yang kecil sehingga adunan menjadi doh.
    3.    Masukkan adunan ke bekas yang lain, kacau hingga suam. Masukkan telur kedalan doh, kacau dengan garfu sehingga menjadi pes yang lembut.
    4.    Masukkan pes kedalam piping beg yang di pasang muncung berbentuk bintang (atau mengikut kegemaran).
    5.    Bentuk / paipkan bentuk siput atas dulang pembakar yang telah di sapu dengan mentega. Buat seperti lubang kecil di sebelah atas permukaan.
    6.    Bakar pada suhu 200c selama 20 minit atau sehingga berwarna keemasan.
    7.    Bila masak, biarkan seketika dan paipkan inti kastard di tengahnya.
    Bahan Inti kastard:

    1 sudu besar tepung kastard
    1 sudu besar tepung gandum
    4 sudu besar gula
    1 cawan (250ml) susu segar
    1 biji telur
    3 sudu besar mentega                                             

    Cara :

    1.    Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega kedalam periuk.
    2.    Masak dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau sehingga kastard Nampak pekat.
    3.    Tutup api, masukkan mentega dan kacau lagi. Biarkan sejuk sebelum di masukkan kedalam puff dengan menggunakan piping beg.
    Selamat mencuba… J

Sunday 7 July 2013

RIBEYE OPEN SANDWICH



Assalamaualaikum/ salam sejahtera....Nampak nya RAMADHAN. BULAN PENUH BARAKAH RAHMAH DAN MAGHFIRAH AKAN SEGERA MENJUMPAI KITA.

Dirumah, kami sibuk menyiapkan tempahan kuih sepit dan karipap sejuk beku. alhamdulillah tempahan untuk hari raya dan bulan ramadan dah bermula.. seronok bila tengok anak2 dan anak2 sedara bergigih mencari wang saku untuk hari raya..semoga Allah memberkati setiap rezeki yang kami perolehi..

Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb

Bila semua dah penat..selera untuk makan nasi pun berkurang, jadi kami tukar pada yang mudah dan menyelerakan..jom cuba resepi akak untuk hari ini..bila masak masakan western saya pasti teringatkan anak sulung saya yang memang pandai dalam mengolah maskan seperti ini...

Ribeye open sandwich

Bahan A:

1 ketul rib eye (200 g)
1 sdt serbuk paprika
1 sdt Sedikit Cajun
1 sdt mix herb
Sedikit garam
Sedikit olive oil

Cara:

1. Perap kan ribeye dengan semua bahan diatas. Gril diatas kuali hingga masak. Bila sudah masak, potong nipis. Ketepikan

Bahan B:

Roti perancis di belah dua dan di potong panjang – ikut kegemaran
6 hirisan timun – di panaskan diatas kuali tanpa minyak
Sedikit daun parsley cincang
4 ketul cendawan butang –potong nipis dan dipanaskan dengan sedikit butter
Sedikit daun salad
Sedikit thousand Ireland
Sedikit parmesan cheese

Cara:

1. Roti perancis di sapu butter dan di tabur parsley. Panaskan atas kuali.
2. Tabur parmesan cheese, susun salad dan timun.
3. Susun daging dan cendawan. Dan di makan bersama thousand Ireland.

RIBEYE OPEN SANDWICH



Assalamaualaikum/ salam sejahtera....Nampak nya RAMADHAN. BULAN PENUH BARAKAH RAHMAH DAN MAGHFIRAH AKAN SEGERA MENJUMPAI KITA.

Dirumah, kami sibuk menyiapkan tempahan kuih sepit dan karipap sejuk beku. alhamdulillah tempahan untuk hari raya dan bulan ramadan dah bermula.. seronok bila tengok anak2 dan anak2 sedara bergigih mencari wang saku untuk hari raya..semoga Allah memberkati setiap rezeki yang kami perolehi..

Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Semoga kita semua diberikan kemampuan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk dapat melaksanakan Ibadah Ramadhan tahun ini dengan sebaik-baiknya amin Ya Rabb

Bila semua dah penat..selera untuk makan nasi pun berkurang, jadi kami tukar pada yang mudah dan menyelerakan..jom cuba resepi akak untuk hari ini..bila masak masakan western saya pasti teringatkan anak sulung saya yang memang pandai dalam mengolah maskan seperti ini...

Ribeye open sandwich

Bahan A:

1 ketul rib eye (200 g)
1 sdt serbuk paprika
1 sdt Sedikit Cajun
1 sdt mix herb
Sedikit garam
Sedikit olive oil

Cara:

1. Perap kan ribeye dengan semua bahan diatas. Gril diatas kuali hingga masak. Bila sudah masak, potong nipis. Ketepikan

Bahan B:

Roti perancis di belah dua dan di potong panjang – ikut kegemaran
6 hirisan timun – di panaskan diatas kuali tanpa minyak
Sedikit daun parsley cincang
4 ketul cendawan butang –potong nipis dan dipanaskan dengan sedikit butter
Sedikit daun salad
Sedikit thousand Ireland
Sedikit parmesan cheese

Cara:

1. Roti perancis di sapu butter dan di tabur parsley. Panaskan atas kuali.
2. Tabur parmesan cheese, susun salad dan timun.
3. Susun daging dan cendawan. Dan di makan bersama thousand Ireland.

Friday 21 June 2013

Popia Seaweed Jepun

Assalamualaikum / salam sejahtera..berbulan lamanya saya tidak update blog dan FB resepi Tambatan Hati suza..Bukan tidak rindu pada semua orang, Tipu juga kalau saya kata saya tak teringat lansung untuk update blog/Fb tapi apakan daya..kadang2 keadaan membuat kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu…Hari ni di hari Jumaat yang mulia ini saya nak mulakan semula apa yang dah mula tertinggal dalam hidup saya…Segala dugaan yang datang perlu di tempuh dengan kekuatan dan yakin pada NYA.. walau hari2 perasaan rindu itu sering bertandang , hati mula menjadi letih, perasaan menjadi pilu, mengharap terus mengharap, berdoa dan terus berdoa…
Pada yang masih sayang, yang mengambil berat, yang sentiasa berada dekat dengan saya dalam susah dan senang, memujuk saya dalam pilu dan sayu..hari ni saya nak share resepi paling mudah dan menjadi kegemaran anak2 saya. Teringat kami selalu makan bersama sambil berebut2 seaweed sebab masing2 nak lebih seaweed, mereka nak DIET..so saya ajar anak2 makan makanan yang sihat dan berkhasiat macam ni…Biarlah walau saya yg terkenang, ia tetap manis dalam sanubari saya…(sambil senyum) saya harap cuba ya resepi ni.. SAYANG SEMUA

*Popia seaweed Jepun (6 orang)

Bahan:

15 keping kulit popia bersaiz kecil – boleh di beli di pasaraya
3 keping seaweed Jepun – di gunting sebesar 2 jari
1 mangkuk kecil cornflake – di ramas kasar
Thousand Ireland

Bahan di potong halus memanjang: ( bersihkan sebelum potong halus dan di rendam ais)

1 biji epal hijau - (jangan buang kulit)
1 biji epal merah - (jangan buang kulit)
1 batang lobak merah
1/2 biji mangga muda

Cara:

1.       Letakkan kulit popia di pinggan, letak seaweed diatas kulit popia, tambah lobak   dan    buah-buahan yang di potong halus, tabur conrnflakes dan tambah           thousand      Ireland. Bungkus dan terus dimakan.

(makanan ini adalah kegemaran anak2 saya)


          Boleh ditambah buah-buahan lain megikut cita rasa.



Thursday 2 May 2013

Daging Masak Hitam (5 orang)



Assalamualaikum / Salam sejahtera....Hari ini teringat kata2 orang tua2..anak dara mesti pandai masak  kalau tak tau masak macam mana nak kawin? ..Bila pandai masak pulak nanti..mak cik-makcik semua cakap.."Pandainya masak, boleh buat menantu"..masa tu tersipu-sipu perasan. hehehheh...tu bukan akak..ni cerita orang lain. Pada akak nak jadi menantu bukan saja sekadar "rajin" masak..tingkah laku, hormat orang tua, menganggap keluarga suami itu seperti keluarga kita sediri itu yg penting...Restu keluarga yang paling penting..Ibubapa ni sebenarnya mau kan yg terbaik untuk anak2...Jadi apa pun yg kita buat, siapa pun kita..Jangan Lupa keluarga, terutama kedua Ibubapa..Kasih sayang mereka tiada bandingannya..Di hari jumaat yang indah ini akak nak kongsi masakan DAGING MASAK HITAM....apa kata kita masak untuk IBU,MAMA, MUMMY, UMIE...dan AYAH,PAPA,ABAH semoga kasih sayang kita pada mereka kekal abadi..AMIN


Bahan-Bahan:

½ kg daging ( direbus hingga empuk toskan, bila dah sejuk hiris nipis ) - jika gunakan daging yg lembut tak perlu di rebus dulu
2 cawan air rebusan daging
1/2 cawan kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
1 biji tomato potong 4
8 biji cili padi buang tangkai
1 biji cili merah dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam & serbuk lada putih secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
10 biji cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 ulas bawang putih

Cara-cara:

1.       Kisar bahan kisar hingga halus ( jika di campur dengan air rebusan daging pun     boleh)

2.       Panas kan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan   pecah minyak. 
3.       Bila dah naik minyak masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan kacau sebati           selama 3 minit.
4.       Kemudian masukkan daging kacau dan masak      sampai kuah agak kering.
5.       Bila kuah dah agak kering masukkan kicap manis , kicap pekat ,serbuk lada  sulah, pes asam jawa dan perasakan dengan garam dan kacau sebati sampai kuah betul2 kering.
6.       Bila kuah sudah memekat masukkan tomato dan cili padi kacau sebentar dan tutup api. Taburkan hirisan cili merah sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

Jika tak ada serbuk jintan manis dan jintan putih..boleh juga di kisar jintan dengan bahan kisar sahaja.

Wednesday 17 April 2013

Ikan Cencaru belah asam



Assalamualaikum/Salam sejahtera..salam pagi Khamis yang tenang..Pagi ni akak terasa rindu pada semua orang..rasa nak nyanyi lagu OMBAK RINDU..dok tepi pantai sambil menikmati angin pantai dan mendengar deruan ombak...indahnya Alam..atau..duduk di bangku bawah pokok besar sambil nyanyi lagu MOHABATTEIN...(teringat shah rukh khan la pulak)...Adeh!!! sebab tiba2 teringat pada semua orang, hari ni akak nak masak ikan cencaru kegemaran arwah ibu mertua..arwah memang suka makan makanan yang berunsurkan masam2 ni..masak asam, asam laksa, asam rebus serani....selera orang tua barangkali ketika itu...jom hari ni cuba masakan ni... (Tengok gambar dalam kuali tu, hari ni mood ambik gambar atas dapur je...yang bersepah kiri kanan tu..abaikan je lah..lebih2 lagi kuali tua yg cerah warnanya tu...hehheh)

 

Bahan :

3 ekor ikan cencaru
Kunyit serbuk

Bahan tumbuk

4 biji cili merah
6 biji cili api
Sebiji bawang besar
Sedikit belacan
garam

Bahan kuah

Satu cawan air asam jawa pekat
2 sudu besar Gula
garam
Minyak untuk menggoreng

cara :

1.    Ikan di cuci, belah belakang dan lumurkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam

2.    Ambik bahan tubuk dan di sumbat ke bahagian belakang ikan

3.    Goreng ikan sehingga garing. ketepikan. Panaskan kuali masukkan air asam jawa, gula dan sedikit garam (tak perlu banyak kerana ikan goreng telah di sapu garam).
4.    Biarkan mendidih dan tuangkan pada ikan yg dah di goreng tadi ~~ sedia di makan




Saturday 6 April 2013

seafood Cabonara Spaghetti



Assalamualaikum/salam sejahtera....Dah lama benar rasanya tak update blog..rindu rasanya pada semua. Hajat dihati memang kalau boleh nak update masakan setiap hari..Namun apakan daya..Kita hanya mampu merancang Tuhan yg menentukan segala...Nak bayar hutang kerana lama bercuti..malam ni akak nak berkongsi resepi cabonara spaghetti untuk semua...harap2 dapat lah mencuba untuk hari esok..makan bersama seisi keluarga...

selamat mencuba...Doa untuk semua semuga hidup kita semua senantiasa mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh NYA..amin



Bahan:

1 bungkus spaghetti
½ biji bawang besar holand cincang
5 ulas bawang putih cincang
5 biji Cendawan shitake – potong nipis
10 ekor udang – jangan buang kulit
3 ekor sotong putih besar- di potong nipis bulat
½ mangkuk kecil ayam
4 cawan cooking cream (atau secukupnya-terpulang kepada kepekatan)
1 sdt the mix herb
1sdt oregano
1sdt parsley
1 sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit parmesan cheese



Cara :

1.       Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan mushroom.
2.       masukkan udang, ayam dan sotong. Masukkan cooking cream, mix herbs, oregano, parsley dan serbuk pati ayam. Biakan memekat , tambah parmesan cheese. Kacau jgn berketul.

Siap di makan bersama spaghetti yang telah di rebus.





Tuesday 19 March 2013

kerabu ikan bilis


 


Assalamualaikum / salam sejahtera...kalau semalam akak kongsi resepi kerabu peria..hari ni atas permintaan rakan taulan yang di kasihi..akak nak kongsi resepi kerabu ikan bilis...sorry la sebab akak selalu share resepi bila tibanya malam...al maklum siang hari akak ni bekerja makan gaji...malam je akak ada kelapangan nak update blog / fb tambatan hati..so untuk semua yg minat makan kerabu apa kata cuba buat KERABU IKAN BILIS....selamat mencuba ya...:))))




*Kerabu ikan bilis (4-5 orang)

Bahan:

1 mangkuk kecil ikan bilis yang lembut – di goreng garing - ketepikan
Gula secukup rasa
1 biji limau nipis – di ambil air
1 biji limau purut – di ambil air

Bahan mayang:

1 batang bunga kantan
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
5 biji cili api

Cara:

1.       Masukkan bahan mayang kedalam ikan bilis goreng yang di goreng garing. Tambah    air limau nipis dan limau purut serta gula secukup rasa.
2.       Gaul sebati. Siap dimakan.




Sunday 17 March 2013

kerabu peria



Assalamualaikum/salam sejahtera... Dah lama rasanya akak tak buat kerabu..hari ni terigin nak makan kerabu la pulak..selera kampung kita hari ni. favourite akak kalau makan ala2 kampung ni..kena pulak dengan ikan bakar air asam, kerabu dan sambal belacan atau budu yang di perah limau nipis dan cili padi potong..fuhhh memang kena dengan selera akak  ....jangan sampai perut dah menyanyi ROCK baru nak mula pegang periuk belanga....jom kita masak selera kampung hari ni ..:))



*Kerabu peria (5-6 orang)

Bahan:

1 biji buah peria di potong nipis, direndam didalam air garam, di cuci dan di rebus hingga lembut dan di tos.
½ cawan pati santan (ikut citarasa)
2 sudu besar air asam limau nipis
garam gula secukup rasa
1/4 biji kelapa, jadikan kerisik

Bahan2 yang ditumbuk:

3 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam,
2 biji cili padi hijau – di mayang
2 ekor ikan selayang, bakar ambil isi sahaja (guna ikan rebus pun boleh)

Cara2 :

1.       Campurkan semua bahan, gaul sebati. Sesuaikan asam garamnya, bolehlah          dihidangkan. Jika suka, boleh tambah sedikit budu atau belacan. Terpulang      selera masing2.

          Selamat mencuba.

Friday 15 March 2013

Salad Buah-buahan




Assalamualaikum / Salam sejahtera....beberapa minggu ni nampaknya cuaca kejap panas, kejap sejuk..sana sini orang demam, batuk, selsema....untuk yang tak lalu nak makan..apa kata cuba makan salad buah-buahan..al maklum bila dalam keadaan tak berapa sihat tu kadang2 selera kita "merundum"  letak apa pun tak lalu..nasihat akak jaga kesihatan...jangan main hujan..hehehe...jangan marah gurau jerr....jom kita makan salad buah-buahan hari ni  :)

Fruit salad (salad buah-buahan)

Bahan A

1 biji epal – potong dadu
200 g tembikai – potong dadu
¼ biji nenas potong dadu (sederhana besar)
200 g tembikai madu – potong dadu
20 biji strawberry – belah dua
20 biji anggur merah
20 biji anggur hijau – belah dua
8 sudu besar mayonnaise
8 sudu besar thousand Ireland

Bahan B
Sedikit parsley – cincang halus untuk tabur
Sedikir cheese parmesan untuk tabur


Cara:

1.    Gaul semua bahan A hingga sekata. Tabur cheese parmesan dan parsley semasa menghidang. Siap di makan.