Followers

Friday 15 March 2013

Salad Buah-buahan




Assalamualaikum / Salam sejahtera....beberapa minggu ni nampaknya cuaca kejap panas, kejap sejuk..sana sini orang demam, batuk, selsema....untuk yang tak lalu nak makan..apa kata cuba makan salad buah-buahan..al maklum bila dalam keadaan tak berapa sihat tu kadang2 selera kita "merundum"  letak apa pun tak lalu..nasihat akak jaga kesihatan...jangan main hujan..hehehe...jangan marah gurau jerr....jom kita makan salad buah-buahan hari ni  :)

Fruit salad (salad buah-buahan)

Bahan A

1 biji epal – potong dadu
200 g tembikai – potong dadu
¼ biji nenas potong dadu (sederhana besar)
200 g tembikai madu – potong dadu
20 biji strawberry – belah dua
20 biji anggur merah
20 biji anggur hijau – belah dua
8 sudu besar mayonnaise
8 sudu besar thousand Ireland

Bahan B
Sedikit parsley – cincang halus untuk tabur
Sedikir cheese parmesan untuk tabur


Cara:

1.    Gaul semua bahan A hingga sekata. Tabur cheese parmesan dan parsley semasa menghidang. Siap di makan.


No comments:

Post a Comment