Followers

Tuesday 19 March 2013

kerabu ikan bilis


 


Assalamualaikum / salam sejahtera...kalau semalam akak kongsi resepi kerabu peria..hari ni atas permintaan rakan taulan yang di kasihi..akak nak kongsi resepi kerabu ikan bilis...sorry la sebab akak selalu share resepi bila tibanya malam...al maklum siang hari akak ni bekerja makan gaji...malam je akak ada kelapangan nak update blog / fb tambatan hati..so untuk semua yg minat makan kerabu apa kata cuba buat KERABU IKAN BILIS....selamat mencuba ya...:))))




*Kerabu ikan bilis (4-5 orang)

Bahan:

1 mangkuk kecil ikan bilis yang lembut – di goreng garing - ketepikan
Gula secukup rasa
1 biji limau nipis – di ambil air
1 biji limau purut – di ambil air

Bahan mayang:

1 batang bunga kantan
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
5 biji cili api

Cara:

1.       Masukkan bahan mayang kedalam ikan bilis goreng yang di goreng garing. Tambah    air limau nipis dan limau purut serta gula secukup rasa.
2.       Gaul sebati. Siap dimakan.




Sunday 17 March 2013

kerabu peria



Assalamualaikum/salam sejahtera... Dah lama rasanya akak tak buat kerabu..hari ni terigin nak makan kerabu la pulak..selera kampung kita hari ni. favourite akak kalau makan ala2 kampung ni..kena pulak dengan ikan bakar air asam, kerabu dan sambal belacan atau budu yang di perah limau nipis dan cili padi potong..fuhhh memang kena dengan selera akak  ....jangan sampai perut dah menyanyi ROCK baru nak mula pegang periuk belanga....jom kita masak selera kampung hari ni ..:))



*Kerabu peria (5-6 orang)

Bahan:

1 biji buah peria di potong nipis, direndam didalam air garam, di cuci dan di rebus hingga lembut dan di tos.
½ cawan pati santan (ikut citarasa)
2 sudu besar air asam limau nipis
garam gula secukup rasa
1/4 biji kelapa, jadikan kerisik

Bahan2 yang ditumbuk:

3 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam,
2 biji cili padi hijau – di mayang
2 ekor ikan selayang, bakar ambil isi sahaja (guna ikan rebus pun boleh)

Cara2 :

1.       Campurkan semua bahan, gaul sebati. Sesuaikan asam garamnya, bolehlah          dihidangkan. Jika suka, boleh tambah sedikit budu atau belacan. Terpulang      selera masing2.

          Selamat mencuba.

Friday 15 March 2013

Salad Buah-buahan




Assalamualaikum / Salam sejahtera....beberapa minggu ni nampaknya cuaca kejap panas, kejap sejuk..sana sini orang demam, batuk, selsema....untuk yang tak lalu nak makan..apa kata cuba makan salad buah-buahan..al maklum bila dalam keadaan tak berapa sihat tu kadang2 selera kita "merundum"  letak apa pun tak lalu..nasihat akak jaga kesihatan...jangan main hujan..hehehe...jangan marah gurau jerr....jom kita makan salad buah-buahan hari ni  :)

Fruit salad (salad buah-buahan)

Bahan A

1 biji epal – potong dadu
200 g tembikai – potong dadu
¼ biji nenas potong dadu (sederhana besar)
200 g tembikai madu – potong dadu
20 biji strawberry – belah dua
20 biji anggur merah
20 biji anggur hijau – belah dua
8 sudu besar mayonnaise
8 sudu besar thousand Ireland

Bahan B
Sedikit parsley – cincang halus untuk tabur
Sedikir cheese parmesan untuk tabur


Cara:

1.    Gaul semua bahan A hingga sekata. Tabur cheese parmesan dan parsley semasa menghidang. Siap di makan.


Monday 11 March 2013

Kari Kepala Ikan




Assalamualaikum/ salam sejahtera.... Bila tengok kepala ikan teringat pesan orang tua...
kalau makan kepala ikan nanti jadi lembab...hahaha tapi akak tak..Okayyyy jerrr...
.*wink* ( kenyit mata )...hehhehe. Hari ni akak nak share resepi kari kepala ikan..
kalau tak sempat masak malam ni...cuba esok untuk makan tengah hari...ooopppps
kalau masak kari jangan lupa padan kan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan... :)))



  
 Bahan:


300g kepala Ikan
1 kg Santan
2 biji terung bulat
2 niji tomato
6 batang bendi
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Tumis:

5 sudu besar serk kari ikan
1/2 sdk biji sawi
1/2 sdk halba
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 biji bunga lawang
1 inci kayu manis
2 tangkai daun kari

cara :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan bunga lawang, kayu manis daun kari,, biji sawi, halba,dan serbuk kari.kacau hingga garing dan pecah pecah minyak. kacau agar tidak melekat.

2.Masukkan air asam jawa, biar mendidih, kemudian masukkan kepala ikan dan santan. tambah garam secukup rasa. biar memdidih.

3. Akhir sekali masukkan terung, bendi dan tomato. biar mendidih dan sayur masak. sedia di makan.














NOTE: santan terpulang pada kesukaan masing2. jika tak suka terlalu pekat, boleh lah di kurang kan santan.