Followers
Monday, 28 January 2013
Kobis Goreng
Assalamualaikum / salam sejahtera ... hari ni kita goreng sayur kobis je lah..tak susah pun, potong-potong ,.tumis dan kacau rata jerr..kalau kena dengan ikan goreng panas2 dan cili kicap...walau pun simple tapi boleh membuat kita berselera juga..jom kita MAKAN SIMPLE JE hari ni..:)
Bahan-Bahan:
300 gm kobis bulat potong kecil mengikut kesukaan
3 ulas bawang putih- mayang
1 biji bawang besar- mayang
1 biji cili mera/hijau mayang
5 biji bebola ikan - belah dua
1 sudu kecil udang kering - di rendam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di kuali, tumis bawang putih, bawang besar dan udang kering.
2. masukkan bebola ikan dan cili yang di mayang, seterusnya masukkan sayur kobis, garam dan sedikit gula serta serbuk lada hitam. kacau rata tapi jangan terlalu layu. sedia dimakan.
Monday, 21 January 2013
Meehun Cendawan lobak masin
Assalamualaikum / salam sejahtera....Ini adalah meehun yang paling mudah nak masak...kalau saya di rumah..anak2 panggil meehun campak2..sebenarnya walau pun mudah tapi ada rasa dan menyelerakan. Resepi ni boleh di guna pakai kalau ada tetamu yang tiba2 tersembul kat muka pintu...sekejap je dah dapat makan mee hun ni...cuba ya :))
Bahan-bahan (3-4 org ..)
200gm bihun-rendam ngan udara panas dan di tapis
1 mangkuk isi ayam
6 ulas bawang putih - di tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub pati ayam
1
Sudu besar lobak masin cincang
1
Sudu teh lada lada hitam
5-6
biji bebola ikan (atau sebanyak yg suka)
1
keping fish cake – hiris nipis
Minyak
untuk menumis
Garam
dan gula secukup rasa
Sayuran:
Sedikit
taugeh
Sedikit
sawi – (jika suka)
Cendawan
bahan sampingan: -
hirisan
daun Bawang
cili kicap (campurkan aje): -
4
Sudu besar kicap cair
potongan
cili merah / cili api
2
sudu sos cili
Cara-cara
1.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan
lada hitam hingga naik bau, Masukkan air seperti
masak sup. ( lebih kurang 5 gelas besar).
2. Masukkan ayam, kiub pati ayam dan sos tiram dalam
periuk dan biar mendidih, renih hingga ayam
masak. tambahkan air Jika perlu. Masukkakan
garam dan gula secukup rasa.
3. masukkan fishball, fish cake, lobak masin dan
cendawan, reneh lagi hingga ianya masak.
4. masukkan bihun kedalam periuk kuah tadi,
bersama sayur-sayuran. Sedia dimakan
panas2 bersama hirisan daun bawang dan cili kicap.
Sunday, 20 January 2013
puding telur cream cracker
Assalamualaikum/ salam sejahtera...puding ni saya buat semalam untuk jamuan sekolah anak saya..walau pun demam semalam..menjadi juga puding ni..maklum dah janji nak buat, jadi kenalah tunaikan. Dalam puding saya ni saya ada potong hirisan strawberry agar rasanya akan jadi masam masam manis...hahhaa tajuk cerita P.Ramlee la pulak...kalau ada biskut2 lemak yg dah masuk angin kerana lupa nak tutup rapat tu, jangan di buang, boleh buat puding ni..tapi kalau dah berkulat atau expired buang je la..nanti sakit perut pulak dibuatnya...:)
Puding Telur Cream Cracker
Bahan:
8
Biji telur
12
keping cream cracker – patah2 kecil
½
tin kecil susu pekat
1
tin susu cair
5
sudu besar gula pasir
7
sudu besar gula pasir – untuk jadikan gula hangus
Cara masak gula hangus:
1. 7 sudu gula tadi di masak atas kuali
dengan api yang perlahan hingga kekuningan.
Bila siap, masukkan gula caramel tadi
kedalam Loyang.
Cara:
1. Susu dan cream cracker di rendam.
2. Kisar telur, susu pekat dan 5 sudu gula.
Masukkan ke dalam biskut yang di rendam tadi. Kacau
rata.
3. Tuang dalam Loyang caramel tadi dan kukus
hingga masak. Sedia di makan
Nota
: jika suka boleh ditambah strawberry atau buah peach.
Friday, 18 January 2013
sup ketam cendawan
Assalamualaikum / salam sejahtera...semalam sebenarnya saya rasa nak makan toseii di kedai mamak jerr..tapi bila sampai di pintu rumah rasa malas nak keluar balik....anak bongsu yg dah siap melawa pun merungut2 ...nak pujuk punya pasal terpaksa la masak lauk kegemaran dia...sebenarnya ketam ni saya beli di Melaka..ketam fresh tepi laut...dan cendawan ni pulak saya beli di Cameron Highland...tapi bak kata pepatah..berlainan tempat..dalam periuk bertemu jua...hahahah...jom cuba masak
Bahan:
3. ekor ketam di bersihkan
5 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
8 biji cili api - potong halus
1 sudu kecil sos tiram
1 inci halia - mayang
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 batang saderi - potong kecil
1 paket cendawan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara :
1. Panaskan periuk, tumis bawang putih dan bawang merah , halia hingga kekuningan. masukkakn cili api , lada hitam, lada putih, sos tiram, serai dan air secukupnya.
2. Bila mendidih, masukkan ketam, garam dan gula. Akhir sekali masukkan cendawan dan saderi. reneh sebentar. sedia di makan
Selamat mencuba :)
macaroni bakar
Assalamualaikum / Salam sejahtera ... well today i feel like eating something different...wahhh,,bila tiba2 mood omputih mari macam ni lerr jadinya...sebenarnya masa kecik2 dulu macaroni lah makanan yang paling saya tak suka...paling tak gemorrr...tapi bila satu hari kerumah kawan dan di memang pakar dalam pasta-pasta ni jadi saya pun cuba la makan...waaaauuuuu..jatuh cinta pulak jadinya..tu la org tua2 kata tak kenal maka tak cinta....hahhahha...wokey lets eat...yummy :)))))
Bahan-bahan: (5-6 orang)
250 g pasta (macaroni)
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji bawang besar – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu / atau sayuran campur
1 batang seleri – dipotong dadu
1 tin kecil tomato puri
5 sudu sos tomato
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji bawang besar – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu / atau sayuran campur
1 batang seleri – dipotong dadu
1 tin kecil tomato puri
5 sudu sos tomato
2 sudu mayonaise
Garam, gula dan lada hitam. lada putih (secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
2 biji telur
Garam, gula dan lada hitam. lada putih (secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
2 biji telur
Cara-cara:
- Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
- Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam, lada putih dan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
- Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
- Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
- Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.
Wednesday, 16 January 2013
Ayam Sambal Cendawan butang
Hari ni nak bagi resepi ayam sambal cendawan butang....memang senang tapi ada juga yang tak tahu nak masak..tak payah nak cerita orang lain, anak-anak saya pun macam tu...suka makan tapi tak suka masak,,,selalu ingat kan dia orang,...sebelum kawin ni belajar-belajar la memasak..tak gitu... tapi ada lah sikit2 kemahuan nak masuk kedapur...tak apa satu permulaan yang baik..mulakan dengan masakan yang ringkas...lepas tu baru yang susah-susah...:)
Bahan:
1 ekor ayam
Sedikit Kunyit
serbuk
1 tin cendawan butang - belah dua
2 sudu besar kicap manis
Garam
Gula
Bahan B – kisar:
15 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam keping
1 tin cendawan butang di belah
Cara:
1.
Ayam
di gaul dengan kunyit dan garam di goreng terlebih dahulu dan di ketepi kan.
2.
Ambil
sedikit minyak lebihan ayam goreng, tumis bahan B hingga naik baunya.
3.
Bila
garing masukkan garam gula secukup rasa, cendawan butang, asam keping, kicap manis dan ayam goreng.
4.
Kacau
rata – sedia di makan
Nota :
asam keping dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkan terlalu masam. kalau tak suka letak kicap pun tak mengapa.
Tuesday, 15 January 2013
sayur campur goreng
Sebenarnya makan sayur ni memang kegemaran kami anak beranak..entahlah munkin kerana dah diasuh dari kecik untuk makan sayur,,kalau kecik2 dulu makan nasi pasti disuruh oleh mak untuk di selang seli dengan sayur-sayuran...memang sejak dari kecik tak payah di pujuk2 untuk makan sayur..sebab tu kalau tak ada lauk pun tak apa..hanya makan sayur dan nasi putih... Sayur penting dalam menu harian kerana banyak mengandungi vitamin....sayur campur ni nampak meriah dengan warna warni dan sedap...:)
Bahan-bahan:
1 paket kecil kacang peas segar
1 paket jagung muda - potong kecil
1 paket bebola ikan (belah dua) - dalam 6 biji
sedikit bunga kobis di potong kecil
1/2 biji lobak merah di potong halus
2 sudu sos tiram
1/2 mangkuk daging / ayam yang di potong halus
4 ulas bawang putih - di mayang
1/2 biji bawang besar di potong halus
1 biji cili merah - dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. panas kan minyak. tumis bawang puting dan bawang merah.masukkann daging/ayam. biarkan masak seketika. masukkan jagung muda dan lobak merah.
2. Masukkan sos tiram, bebola dan sayuran lain. kacau seketika jangan terlalu layu. biarkan sedikit rangup masukkan garam kacau lagi. sedia di makan
Nota : Kalau nak tambah udang pun sedap (terpulang atas kegemaran masing-masing)
Sup Bebola Ayam
Hari ni rasa macam nak demam je..macam tak de mood nak makan berat-berat.ermmm sup bebola ajelah jawabnya. sebenarnya sup ni kalau di berikan pada kanak-kanak memang feberet la..sebab tengok cucu-cucu sendiri (cucu kepada kakak dan abang saya, cucu saya jugak kan? ) yang memang gemar makan sup bebola ni...sama la macam kita kecik-kecik..bebola goreng ke sup ke...tambah kalau bebola cucuk pada lidi..berebut-rebut...apa-apa pun jom cuba :)
Bahan-bahan:
1 paket Bebola Ayam (saya suka Ayamas)
4 ulas bawang putih- mayang
5 biji bawabg merah - mayang
1/2 inci halia muda di mayang
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
4 biji ubi kentang- buang kulit dan dipotong empat
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak didalam periuk, tumis kan bawang putih dan bawang merah dan halia yang di mayang hingga kekuningan. Masukkan kan air.
2. biarkan memdidih, masukkan ubi kentang, masak hingga empuk. Masukkan garam, lada hitam, lada putih, garam, gula dan bebola ayam. bila mendidih, tutup api dan sedia di makan. Boleh juga di tabur dengan bawang goreng dan daun sup.
Sunday, 13 January 2013
Kari ayam
Mula-mula tengok gambar jangan tanya apa yang putih dalam kuah tu, ini lah hasilnya gambar yang diambil terlebih "flash" cahayanya memancar semula...hahhaha... yang penting lauk yang dimasak...kannnn ...hari ni selera akak rasa nak makan kari ayam la pulak..kadang2 bila hari-hari nak fikir fasal menu apa nak masak boleh "FENIN" juga la dibuatnya...kita ikut ajelah kata hati dan selera, baru mood memasak tu datang dengan relahati dan hasilnya pun memuaskan....jom makan kari dengan nasi atau makan dengan roti pun boleh.. :)
Kari Ayam (5-6 orang)
Bahan:
1 ekor ayam dipotong
kecil
5 sudu besar rempah kari daging (saya suka guna babas)
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang –
potong empat
1 kg santan pekat
3 biji cili hijau
Garam.
Bahan B (tumis):
1 biji bawang besar
di mayang
4 ulas bawang putih
di mayang
1 inci halia di
mayang
2 kuntum bunga
lawang
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
Cara:
1.
Panaskan
minyak . tumiskan bahan B hingga garing dan naik baunya. masukkan daun kari
2.
Masukkan
rempah kari dan kacau hingga garing (rempah campur dengan sedikit air)
3.
Masukkan
santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Masak hingga empuk dan pekat. tambah garam secukupnya.
4.
Akhir
sekali masukkan cili hijau yg sudah di potong dua. Biarkan dengan api perlahan
dan kuahnya pekat. ~ sedia di makan ~~
Nota :
sebenarnya dalam masakan saya saya gunakan 1 kg santan kerana kebanyakan santan yang di beli tidaklah terlalu pekat...jika rasa terlalu pekat bolehlah di tambah air atau di kurangkan santan ikut kegemaran masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)