Untuk peminat-peminat kambing...hari ni saya teringin nak makan Lamb Chop Black pepper la pulak...chewahhhh...tekak ni nak jadi omputih la pulak... kalau makan kat luar sepinggan harga nya ..ermmmm memang mahal.....almaklum zaman sekarang semua zaman RM..Bukan apa, saya rasa buat sendiri lagi jimat, boleh makan sampai tertiarap...terlebih kenyang...hahhaha....kepada sesiapa yang nak cuba..respi ini...satu je nak cakap... "CuBA LAHHH...RUGI TAK CUBA" boleh buat lebih2 dan ajak adik beradik datang makan...mudah je... :)
Bahan: (untuk perap) - Air bahan perapan jangan di buang
4
keping daging kambing yang sudah dipotong nipis (boleh beli di pasaraya)
2 ulas Bawang putih (tumbuk halus)
2 ulas Bawang putih (tumbuk halus)
1
cm halia (tumbuk halus)
1/2
Sudu teh serbuk Lada hitam
2
Sudu besar sos cili
1
Sudu besar sos tomato
1
Sudu besar sos Lee & Perrins
1
Sudu besar kicap manis
1
Sudu besar sos Tiram
garam
dan gula secukup Rasa
Bahan Sos Black Pepper:
1 cawan air lebihan perapan
1/2
Botol sos lada hitam
2
Sudu besar sos Tiram
5-6
biji cendawan butang (cincang)
1/2
biji Bawang besar (cincang)
garam
/ gula secukup Rasa -( jika kurang masin-rasa terlebih dahulu)
1 sudu besar tepung jagung di campur dengan sedikit air
1 sudu besar mentega.
1 sudu besar tepung jagung di campur dengan sedikit air
1 sudu besar mentega.
Cara sos:
- panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu, masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) atas api yang sederhana. Apabila agak pekat barulah dimasukkan tepung jagung. biar mendidih seketika. sedia dihidang bersama lamb chop
hidangan tambahan:
- 2 batang jagung – di rebus
- 1 kuntum broncoli dipotong kecil dan
di celur – masukkan sesudu minyak masak semasa mencelur untuk kekalkan warna
hijau
Sedikit
Jejari kentang yang di goreng. (jika suka)
Cara untuk lamb chop:
1. Gaulkan daging kambing dengan bahan perapan
dan Biarkan lebih kurang 3 jam.
2. sediakan non-stick pan untuk menggoreng daging.
Panaskan sedikit minyak dan Goreng
hingga masak. Balik-balikkan semasa menggoreng. Jangan goreng terlalu garing
3.
dihidang bersama broncoli dan jagung yang telah di rebus dan kentang goreng.
Nota:
side dish tu boleh juga di tambah dengan salad atau kentang putar. ikut selera masing-masing.
No comments:
Post a Comment