Followers

Thursday 28 February 2013

Kambing Gulai Darat

 Assalamualaikum / Salam sejahtera .....  Akak hari ni teruja nak makan gulai kambing....KAMBING GULAI DARAT..tak tahu lah memang kalau di beri pilihan lembu atau kambing..tetap kambing No. 1 dihati....MMbeekkk..hahhaa..gulai kambing ni kalau di cicah dengan roti atau capati..walllaweiii...mesti tak pandang kiri kanan...Jom bergulai di tengahari Jumaat yang Indah lagi Permai ini...:)

 

 Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 1 kg daging kambing
  • 1 kg santan biji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai darat
  •  
  •  BAHAN  KISAR:
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah / 2 biji bawang besar
  • 10 biji chili kering
  • 2 batang serai
  • 1 inchi lengkuas
  • 1 inchi kunyit @ 1 sudu teh untuk kunyit serbuk
  • 2 sudu besar ketumbar
  • Cara-cara
  1. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi itu sehingga sebati.Masak di atas api sederhana.
  2. Selepas itu,masukkan sedikit santan.Masak sehingga daging itu empuk. (masak hingga agak2 keluar pecah minyak, atau daging empuk)
  3. masukkan santan yang selebihnya.Garam dan gula secukup rasa .Kacau sehingga ia masak.
  4. Akhir sekali masukkan 2-3 biji lada hijau. didihkan seketika.
  5.  siap dihidangkan untuk makan...

Tuesday 26 February 2013

lala masak merah berserai







 Assalamualaikum/salam sejahtera... lala ni macam-macam cara kita boleh masak terpulang pada selera kita. hari ni terasa nak makan sesuatu yg tidak menggunakan santan.."kurang kan lemak dalam masakan" boleh mengurangkan berat badan...konon2 berangan jap...hahahhaa...apa2 pun yang kita makan yang penting JAGA KESIHATAN...wah mcm pakar pemakanan la pulak akak ni...tapi memang pun akak nak ingatkan "sentiasa lah tegur diri kita sendiri untuk kesihatan yang baik"...peace (Y)



Bahan-bahan (4-5 orang)

500 gm lala
6 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
2 batang serai – dititik
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula

Cara-cara
  1. Bersihkan lala dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan serai, tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  4. Masukkan lala, kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sunday 24 February 2013

bawal emas kukus kerisik masam manis - (2-3 orang)



Assalamualaikum/ salam sejahtera..orang tua kata..tak kenal maka tak cinta..saya pulak kata tak cuba maka tak tahu hasilnya..bukan apa, masa saya buka peti ais hari ni ternampak kerisik saya yang tinggal dalam dua sudu..serba salah nak simpan, nak buang pulak sayang..pikir punya pikir tangan saya ni pun capai la bahan2 yang ada dalam dapur saya..(saya memang suka main masak2 ni)...agak-agak apa yang boleh menambah rasa pada ikan kukus saya kali ini...hasil nya hidangan ni di sukai..Cuba yerrr.. :)




Bahan-Bahan :

1 ekor ikan bawal emas (sederhana)
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 ulas bawang putih - mayang halus
½ inci halia - mayang halus
4 sudu besar air asam jawa
4 biji cili api - potong halus
1 labu bawang putih jeruk
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Cara-Cara:

1.    Ikan dibersihkan dan disapu dengan sedikit garam, gula, sos tiram dan kicap manis dan kerisik.
2.    Letakkan di dalam Loyang, taburkan bawang putih, halia, dan cili api di atas ikan. Curahkan air asam jawa dan tabur bawang putih jeruk. Kukus lebih kurang 20 minit (atau hingga masak). Sedia dimakan. Taburkan daun sup semasa menghidang.


Sunday 17 February 2013

Bubur Sum Sum (3-4 orang)



Assalamualaikum/ salam sejahtera...hari ni akak nak share resepi bubur sum sum..bubur ni mudah je..tak payah pening2 kepala..bak kata "sesuai sangatlah untuk minum petang" sambil dok mengadap citer korea ke, citer Indon ke...kannnnnn...bukan apa selalu tengok kawan2 yg jd suri rumah suka tgk citer ni...lari sekejap masa iklan tu pi kacau bubur sum sum ni...pasti En Suami tersenyum petang ni...:)


Bahan:
1 cawan Tepung beras
3 cawan santan
sedikit garam
1 Sudu besar Tepung jagung


Air gula:
1 ketul gula melaka
sedikit gula pasir
2mug air
2kuntum bunga cengkih (jika suka)
Daun pandan

* Masak semua sampai pekat. Tutup api dan Biarkan sejuk.

Cara masak untuk sum sum:

1. Masukkan semua bahan Sum Sum dalam periuk.tapiskan agar tidak berketul. Masak dengan api Sederhana dan jgn henti mengacau sampai dia masak & berkilat.
2. Kemudian masukkan ke dalam Loyang dan sejukkan.
3. Simpan dalam peti ais sebelum di hidang.



Sunday 10 February 2013

Roti Jala - (5-6 orang)



Assalamualaikum/ salam sejahtera....Petang2 ni terasa nak makan ROTI JALA la pulak..Bila dah ramai tetamu di rumah jadi seronok lah akak...ramai teman nak makan sambil pot pet..pot pet..( pot pet isu2 semasa jerr ye)..hehhe...dah roti jala kena lah ada kari nak di cicah...kelentang kelentung...siap dan boleh dimakan...hahhaha jangan kuat sangat kelentang kelentung tu..bocor pulak kuali nanti...cuba ya..:)

Bahan:

4 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
sebiji telur
sedikit garam
pewarna jika suka
Air secukupnya.

Cara:

1. campurkan gandum, santan, telur, sedikit garam dan air secukupnya. Kisar hingga sebati dan tak berketul.
2. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. agak2 adunan boleh keluar dari acuan semasa di kitar.
3. gunakan kuali non stick, kitarkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala. apabila sudah masak di gulung mengikut kegemaran masing2. sedia di makan.

Boleh dimakan bersama kari atau sambal.

Saturday 9 February 2013

"SERODOK" Telur (6-7 orang)



Assalamualaikum/ salam sejahtera....hari ni saya nak kenalkan kuih tradisional orang kelantan yang jarang-jarang kita dapati sekarang. saya tak pasti nama kuih ni...tapi yang saya pasti bagi orang2 pantai timur mereka gelarkan GERODOK telur...tak tahu la kalau ada nama yg lebih kormersial. Kuih ni sebenarnya jika kita masak seperti resepi yang saya berikan dan di masak didalam periuk yang bersaiz kecil anggaran loyang ia akan kelihatan tebal apabila di potong....(dalam gambar diatas saya hanya gunakan 5 biji telur...dan dikurangkan kuantiti bahan2 lain....al maklum...tak ramai di rumah jadi akak kurangkan kuantiitnya...Cuba ya..:)


Bahan:

15 biji telur
4 keping gula Melaka (kecil)
1 mug air
secubit garam
10 helai daun pandan (cuci bersih)


Cara :

1. pecah kan telur, ramas telur  dengan 8 helai daun daun pandan hingga berbuih.
2. di masa yang sama Masak gula melaka dengan air dan dua helai daun pandan hingga larut. biarkan    dengan api yang kecil.
3. Masukkan telur yang diramas tadi (keluarkan daun pandan) kedalam air gula yang sedang mendidih.
4. Tutup periuk dan masak sehingga lebih kurang 15-20 minit.  sedia dimakan panas atau sejuk.



Monday 4 February 2013

Rendang Ayam - (5-6 orang)


Assalamualaikum / salam sejahtera...kalau masak jer rendang teringat hari raya..bila ingat raya..ingat baju raya...amboii jauh pulak teman berangan petang ni....puasa pun belum udoh berangan nak "beghaya".....dah jangan mengelamun lambat lagi raya...masak dulu kang tak makan pulok En. suami dan anak2...kalau mak mertua ada..jatuh pula tempat terakhir..dapat nama Menantu Slow....hahhahha...akak gurau jer...jom, jom masak cepat  :)



Rendang Ayam (5-6 orang)
Bahan:

1 ekor ayam  (potong kecil)
1 kg santan pekat
2 helai daun kunyit dipotong halus
3 sudu besar kerisik
2 batang serai – di ketuk
1 keping asam keeping

Bahan kisar:

10 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
15 tangkai cili kering ( ikut suka pedas)


Cara:
1.  Ayam dipotong ikut suka dan dibersihkan. Masukkan bahan disar
2.  Masukkan serai dan kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata semua agar ba  han sebati dan bahan masak dengan api yang Sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan pekat dan daun Kunyit, sentiasa dikacau. Setelah kuah pekat masukkan garam dan asam keping, kacau rata hingga kuah kering.

Jika suka boleh juga ditambah dengan daun limau purut.

Sedia untuk dimakan.



Sunday 3 February 2013

Ketupat sotong






Assalamualaikum / salam sejahtera..dok buat apa semua tu...menung? jangan menung panjang2..jom lerr kita fikir-fikirkan resepi minum petang hari ni...KETUPAT SOTONG...ni makanan orang pantai timur, makanan tradisi yg dah jarang-jarang kita dapat...jom cuba :)





Bahan:

10 ekor sotong sederhana besar – cuci buang kulit hitam
2 mangkuk beras pulut (basuh dan rendam 2 jam)
10 batang lidi di potong serong / lidi pencungkil
½ kg santan pekat
2 keping gula kerek

Cara:

1.       Beras yang sudah di rendam di toskan. Masukkan beras anggara 1/2 kedalam      sotong. Ambil kepala sotong sumbat dan cucuk/tutup dengan lidi. Buat sampai      habis.
2.       Masukkan sotong tadi kedalam periuk, tuang santan pekat, gula kerek dan sedikit          garam. Masak dengan api sederhana hingga santan pekat. Sedia di makan.