Assalamualaikum / salam sejahtera ... Hari ni nak berkongsi resepi yang mudah..sebenar nya ayam goreng opor ni sedap jika dimakan dengan nasi kukus..kalau keluarga yang besar berat jugak nak beli nasi kukus kat luar.. apa kata kita kukus nasi, masak ayam goreng opor..kalau rajin buat la sedikit kari untuk tambah selera kita.. jom cuba :)
Bahan-bahan
1 Ekor ayam
3 cawan air
½ biji kelapa –
jadikan santan (hampas jangan buang)
Minyak untuk
menggoreng
Bahan kisar : (untuk perap)
2 sudu kecil
ketumbar
½ sudu kecil jintan
manis
3 biji buah keras
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil air
asam jawa
Cara:
1.
Potong
ayam ikut selera anda.
2.
Dapat
kan santan sebanyak 2 cawan. Hampas jangan di buang.
3..
Masukkan
ayam, bahan perap, dan santan kedalam kuali dan masak hingga airnya hampir
mengering, lalu masukkan hampas kelapa.
4.
Kacau
sampai rata dan mengering. Angkat ketepi.
5. Panaskan
minyak dan gorengkan ayam tersebut hingga kekuningan. Siap dimakan.
Nota:
isi perapan hampas kelapa yang rangup semasa menggoreng dan kekuningan diangkat dan ditos untuk di tabur diatas ayam.
No comments:
Post a Comment