Assalamualaikum / salam sejahtera... Nak dijadikan cerita kawan saya yang ada tanam pisang di belakang rumahnya yang bagi saya pisang nagka ni..saya memang gemar pengat pisang, kalau bulan puasa pengat pisang ni tak sah kalau tak buat...sesuai juga untuk minum petang :)
Bahan-bahan:
3
biji pisang nangka
1
keping gula Melaka (besar)
5
sudu besar gula pasir
½
sudu kecil garam
2
helai daun pandan
4
cawan santan pekat
3
sudu besar biji sagu (di rendam)
Cara:
1.
Pisang nangka dibuang kulit dan di
potong serong. Masukkan kesemua bahan kecuali
biji sagu kedalam periuk. Jika terlalu pekat boleh di tambah sedikit air.
2.
Sentiasa di kacau agar santan tidak berketul (kacau perlahan agar pisang tidak
hancur)
3. Bila sudah mendidih, masukkan sagu dan
biar seketika. Bila sagu sudah berkilat dan
pisang sudah lembut, padam api. Sedia di makan
No comments:
Post a Comment