Assalamualaikum / salam sejahtera ....hari ni saya ke pasaraya, ternampak pulak sayur Tau Miu ni agak murah harga nya..bukan murah je segar pulak tu..apa lagi..teringin la pulak nak makan.. saya sukan sayur tau miu ni kerana rasa nya yang manis dan rangup.. kadang-kadang saya meratah tanpa makan nasi.. jom kita masak, sangat mudah.. SIMPLE kata orang putih ..:)
Tau Miu Goreng
Bahan:
400g
tau miu
1
sudu besar udang kering
1
sudu besar sos tiram
4
ulas bawang putih di mayang
1
biji bawang besar di mayang
1
biji lada merah – di mayang
Minyak
untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak di kuali, tumis bawang
besar, bawang putih dan udang kering hingga
naik bau. Masukkan sos tiram, lada merah dan garam secukup rasa. Masukkan sayur Tau miu kacau seketika dan
angkat. Jangan terlalu lama. Kerana jika
masih rangup lagi sedap. Sedia di makan bersama nasi
Nota :
Di dalam resepi diatas saya telah menambah cendawan dan lobak merah yang di hiris halus untuk tambah menarik dan sedap. Boleh juga ditambah isi ayam sebagai tambah perasa..:)
No comments:
Post a Comment