Petang ini saya teringin nak makan pulut bubur pulut hitam...ini memang kegemaran saya...Bubur pulut hitam ni kalau di masak biar cukup santannya baru la terasa lemak manis nya..di tambah pulak dengan durian ummmpphhh...terangkat.. tapi nak diingatkan kolesterol pada santan dan durian ni agak tinggi...so makan beringat-ingat ya...:)
BAHAN-BAHANNYA :-
2 cawan pulut hitam,
1keping gula melaka, (besar)
3/4 cawan gula pasir
4 cawan air* (* untuk rebut pulut
hingga lembut)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
1 kg santan pekat (ikut kegemaran- saya suka pekat)
Gula (Jika kurang manis)
Air Jika perlu
Bahan tambahan :
Pati Pekat :( 2 cawan santan pekat di larutkan dengan
½ sudu kecil garam) untuk di masukkan semasa makan untuk menambahkan rasa lemak
CARA MEMBUATNYA :-)
1.
Rebus pulut hitam hingga empuk dan
kembang. Masukkan gula merah dan daun pandan.
Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Masukkan isi durian
dan biar mendidih. Masukkan garam dan Jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan Jika suka bubur pulut
hitam cair sedikit, tambah air secukupnya.
Masak sekejap. (saya suka pekat)
2.
Rasa dan matikan api. Hidangkan
Bersama santan pekat (bahan tambahan) Sedap juga dimakan sejuk.
Nota : saya lebih suka pulut yang halus...rasanya lebih sedap.
No comments:
Post a Comment