Followers

Wednesday 26 December 2012

Sambal tumis udang petai



Assalamualaikum / salam sejahtera .. wahhh!! pergi pasar pagi tadi nampak pulak petai yang besar-besar mata nya..sedap buat sambal udang. kalau makan sambal udang petai ni, mak mertua lalu pun tak sedar.. berpeluh.. apa-apa pun sebelum makan baca doa dulu...hehehe



Bahan-bahan:

1 kg udang  – di bersihkan 
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula
1 biji tomato - di belah 4
100 g isi petai
Garam
 Minyak untuk menumis

Bahan kisar :

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan


Cara:

1.    Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
2.    Masukkan udang, air asam jawa, gula dan garam.
3.    Biarkan mendidih  masukkan tomato, petai dan biar kering sedikit. ~~ siap untuk di makan




Hati berempah



Assalamualaikum/salam sejahtera... Bila buka peti ais hari ni.. teringat nak masak hati lembu...kata orang tua hati lembu ni boleh menambah darah dalam badan terutama untuk orang yang selalu kurang darah..saya pun tak pasti..tapi yang saya tahu saya memang suka makan hati berempah..baunya yang wangi dengan haruman rempah ratus, kalau di makan dengan nasi panas-panas pasti terangkat... jom cuba :)



Bahan-bahan:

½ kg hati
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Bahan kisar:

1 sudu besar ketumbar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar

Bahan mayang:

1 biji bawang besar
1 biji cili merah

Cara:

1. Hati di potong kecil diperap dengan semua bahan kecuali bahan mayang selama 2 jam.
2. Panaskan minyak, masukkan hati yang sudah di perap, goreng hingga       kekuningan. Masukkan bawang dan cili merah yang di mayang. Gaul rata jangan      sampai layu. Sedia di makan

Ayam goreng opor


Assalamualaikum / salam sejahtera ... Hari ni nak berkongsi resepi yang mudah..sebenar nya ayam goreng opor ni sedap jika dimakan dengan nasi kukus..kalau keluarga yang besar berat jugak nak beli nasi kukus kat luar.. apa kata kita kukus nasi, masak  ayam goreng opor..kalau rajin buat la sedikit kari untuk tambah selera kita.. jom cuba :)




Bahan-bahan

1 Ekor ayam
3 cawan air
½ biji kelapa – jadikan santan (hampas jangan buang)
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar : (untuk perap)

2 sudu kecil ketumbar
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah keras
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil air asam jawa

Cara:
1.    Potong ayam ikut selera anda.
2.    Dapat kan santan sebanyak 2 cawan. Hampas jangan di buang.
3..    Masukkan ayam, bahan perap, dan santan kedalam kuali dan masak hingga airnya hampir  mengering, lalu masukkan hampas kelapa.
4.    Kacau sampai rata dan mengering. Angkat ketepi.
5.   Panaskan minyak dan gorengkan ayam tersebut hingga kekuningan. Siap dimakan. 

   Nota:
   
   isi perapan hampas kelapa yang rangup semasa menggoreng dan kekuningan diangkat dan ditos untuk di tabur diatas ayam. 








Ikan kukus tomyam



Assalamualaikum / salam sejahtera .. bila tengok ikan yang segar-segar di pasar saya memang suka..isi ikan yang segar ni memang manis..ermm..sedappppp.. dalam hati teringat nak makan tom yam ayam..tiba-tiba bercakap sorang-sorang.. Why not buat ikan tom yam pulak..(cakap omputih campur2 sekali sekala) hehhehe...jom cuba :)





Bahan:

1 ekor ikan bawal putih (ikan merah atau siakap pun boleh)
4 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji bawabg besar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar jus limau nipis /lemon/kasturi
6 biji cili api dipotong nipis
2 batang serai dihiris nipis
½ inci halia muda hiris nipis
4 sudu besar pes tomyam
300 grm bunga kobis – dipotong kecik
1 biji buah tomato
Garam
gula


Cara:

1.Ikan di cuci bersih dan di lumur dengan garam, gula, sos tiram  dan pes tomyam. Ratakan.

2.Masuk kan serai, daun limau nipis, dan bawang besar yg dipotong memanjang.

3.Taburkan bunga kobis dan tomato. Dan kukus

4.Bila hampir masak, curahkan air limau nipis ~~ sedia dimakan panas2~~