Followers

Wednesday 26 December 2012

Sup kambing



 Assalamualaikum / salam sejahtera ...kalau nak cerita pasal daging kambing ni, memang menjadi pilihan utama anak-anak saya....apa saja yang bersangkut paut dengan daging kambing memang mereka akan gemar..sup kambing tulang rusuk ni memang manis rasanya, apatah lagi jika kita beli yang fresh di pasar (bukan yang sejuk beku dari luar negara)... cuba lah.. :)


Bahan:

1 kg kambing di potong kecik (saya lebih suka tulang rusuk)
1 liter air
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
2 biji sup bunjut (sup tulang)
1 sudu sos tiram
3 biji kentang di belah 4
1 biji lobak merah – potong bulat
1 batang saderi – potong serong
Sedikit bawang goreng
Garam
lada putih secukup rasa
Daun sup – (potong halus untuk tabur)

Bahan kisar:

15 biji bawang merah

5 ulas bawang putih
4 inci halia

Cara:

1.    Rebus kambing hingga empuk.
2.    Masukkan bahan kisar, sup bunjut dan sos tiram kedalam rebusan kambing tadi, biar mendidih.
3.    Masukkan ubi kentang, biar empuk, masukkan bahan lain kecuali bawang goreng dan daun sup. Masukkan garam, Biar mendidih.
4.    Tabur daun sup dan bawang goreng semasa menghidang. Sedia di makan



Nota: 

untuk menghilangkan bau hanyir kambing, cuci dengan tepung gandum dan air asam jawa berulangkali, dan bilas dengan air bersih.

No comments:

Post a Comment