Followers

Tuesday 25 December 2012

Nasi tomato



Assalamualaikum / salam sejahtera...semasa saya tengok gambar nasi tomato hasil snap-snap sendiri ni saya ketawa sendiri...mana tak nya saya ambik gambar nasi jer, lauknya mana? hehhee..tak pe la sebab saya pun nak tunjukkan cara masak nasinya dulu..nasi tomato ni sebenarnya sedap dimakan dengan ayam masak merah, dalca dan acar..nanti saya akan masukkan cara-cara memasak lauk-pauknya dalam blog saya ni..jangan marah yerr..sebab masa tengok balik gambar ni, lauk semua dah habis... :)



Bahan:

5 cawan beras Basmathi (kira2 500 g)
7 cawan air
2 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 tin kecil tomato puree
1 cawan susu cair
½ cawan kismis
Garam


Bahan A

2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
1 kuntun bunga lawang

Bahan kisar

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara:
1.    Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan A dan masukkan bahan            kisar.  Kacau hingga naik bau. 
2.    Masukkan air, beras, susu cair, tomato puree dan garam. 
3.    Kacau sebati. Tanak hingga masak.
4    Setelah kering masukkan kismis (atau kalau suka tambah gajus dan kacang peas)
5       Sedia dimakan.


Nota: 

saya lebih suka masak dengan rice cooker, mudah dan tak hangit :)

No comments:

Post a Comment