Followers

Tuesday 25 December 2012

Ikan keli sambal


Assalamualaikum /salam sejahtera ...selamat tengahari..hari ni kalau belum terfikir nak masak apa..apa kata kita masak ikan keli sambal..lauk macam ni kadang-kadang dimakan dengan nasi tanpa lauk lain pun boleh bertambah jadinya..tapi kalau nak sedap lagi..masak la sayur lemak pucuk ubi ke atau lemak kobis pun okay juga...satu nak ingatkan ikan keli ni kena cuci bersih-bersih,  buang lemak2 dan urat merah ditengah tulang pada bahagian perutnya..cuci dengan air asam jawa dan garam supaya hilang hanyir dan lendirnya nya..selamat mencuba :)



Bahan-bahan:

4 ekor ikan keli
 2 sudu besar gula pasir
1 keping asam keping
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:

10 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
 sedikit belacan

cara-cara:

1. Ikan keli dibersihkan. disapu garam dan kunyit. dan di goreng. ketepikan
2. Gunakan minyak yang sama, jika terlalu banyak keluarkan sedikit, tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan gula, garam dan asam keping. kacau rata. Masukkan ikan yang telah di goreng.
gaul dan sedia  di makan.


Nota: 

Ikan keli ni kalau di goreng akan meletup-letup..saya nasihat kan tutup kuali semasa menggoreng takut terpercik minyak panas kat tangan ke, muka ke..hilang pulak kejelitaan/kacak.. puan/tuan..:)

No comments:

Post a Comment