Followers

Tuesday 25 December 2012

Tau miu goreng







Assalamualaikum / salam sejahtera ....hari ni saya ke pasaraya, ternampak pulak sayur Tau Miu ni agak murah harga nya..bukan murah je segar pulak tu..apa lagi..teringin la pulak nak makan.. saya sukan sayur tau miu ni kerana rasa nya yang manis dan rangup.. kadang-kadang saya meratah tanpa makan nasi.. jom kita masak, sangat mudah.. SIMPLE kata orang putih ..:)



Tau Miu Goreng

Bahan:

400g tau miu
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih di mayang
1 biji bawang besar di mayang
1 biji lada merah – di mayang
Minyak untuk menumis


Cara:

1.       Panaskan minyak di kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering   hingga naik bau. Masukkan sos tiram, lada merah dan garam secukup rasa.     Masukkan sayur Tau miu kacau seketika dan angkat. Jangan terlalu lama. Kerana       jika masih rangup lagi sedap. Sedia di makan bersama nasi


Nota :

Di dalam resepi diatas saya telah menambah cendawan dan lobak merah yang di hiris halus untuk tambah menarik dan sedap. Boleh juga ditambah isi ayam sebagai tambah perasa..:)

No comments:

Post a Comment