Followers

Sunday 23 December 2012

Bubur Tepung Pulut @ biji nangka (3-4 orang)


Assalamualaikum / salam sejahtera ... setiap kali saya masak bubur ni, saya pasti rindukan arwah ibu (Al-Fatihah) kerana ini adalah bubur kegemarannya..masa zaman kanak2 saya, arwah mak memang suka masak bubur ni...cuma dalam resepi saya, saya tambahkan isi buah nangka :)


Bahan-Bahan:


2 cawan tepung pulut
sedikit air ( utk menguli tepung )

3/4 cawan gula ( boleh tambah @kurang ikut citarasa )
1 kg santan
1 helai daun pandan
1/2 cawan sagu biji ( direndam dengan sedikit air )
secubit halba

½ inci halia muda
pewarna yg disukai
secubit garams
1/2 sudu kecil air kapur


Cara :
1.  Ayak tepung pulut dalam sebuah bekas.
2. Kemudian masukkan air yg telah dicampurkan dengan sedikit pewarna dan air kapur dan tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan di bentukkan.
3. Ambil sedikit tepung tadi kemudian gentel atau bentukkan tepung mengikut bentuk yg        disukai samada bulat, bujur atau leper2. Buat hingga habis.
4. Panaskan air didalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan tepung yg sudah dibentukkan tadi satu2 kedalamnya. Bila tepung sudah timbul angkat dan ketepikan.
5.Satukan santan, gula, garam, dan daun pandan kedalam periuk lain. Masak dan kacau selalu hingga santan mendidih.
6. Masukkan tepung yang dimasak tadi tadi, sagu biji yang telah direndam dan halba dan halia tadi.
7. Kacau hingga kuah sedikit pekat dan sagu biji tadi masak.
8. Sedia di makan



nota: 

saya sengaja tambah kan isi nangka kerana ia lebih sedap dan berwana warni..boleh tambah selera bila nak makan.. :)

No comments:

Post a Comment