Followers

Friday 11 January 2013

Ayam Panggang gaharu (5-6 orang)




Hahhaha...mula-mula nak gelak sebab dah cuba macam-macam tapi gambar ayam ni terbalik juga..almaklum lah..saya ni bukan pandai sangat IT, dah tua-tua ni baru nak belajar macam-macam..tak apalah la kan..janji boleh nampak rupa ayam panggang gaharu ni..so bila buat nanti rupa dia lebih kurang macam ni la,,tak de la cantik sangat...tapi rasanya insyaa Allah akan menjadi kegemaran anda.....hehhehe..cuba ye jgn tak cuba ...:)




Bahan:

1 ekor ayam
4 cawan santan pekat
1 cawan kerisik
2 biji limau nipis
5 helai daun limau purut – carik halus

Bahan kisar/giling kasar:

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
5 bii bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
5 biji buah keras
4 biji cili merah
1 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.       Ayam di bersihkan jangan di potong. Gaul bahan kisar bersama gula dan garam   secukupnya dan lumurkan keatas ayam tadi.
2.       Masukkan kan  ayam kedalam periuk, tuangkan santan dan air asam limau nipis.   Guna api yang sederhana.
3.       Bila kuah dah memekat, dan ayam empuk, angkat keluar dan bakar ayam tadi
          keatas bara sambil lumurkan kuah lebihan tadi berulang kali. (lebihan kuah jangan buang. disapu berulang kali semasa membakar dan di curah semasa menghidang)
4.       Bila sudang garing dan kekuningan boleh la di angkat , semasa menghidang, curah kan lebihan kuah tadi keatas ayam ~ Sedia di makan~


Nota : 

Jika gunakan oven, cuma perlu di letak dalam loyang dan sentiasa di balik-balik kan semasa membakar. 
Bakar dengan suhu 180% selama lebih kurang 45 minit.,  

No comments:

Post a Comment