Followers

Tuesday 8 January 2013

Ayam paprik (4-5 orang)


Assalamualaikum /salam sejahtera...how are you everybody? Me? I'm fine...haaaa belajar cakap omputih...hehehe. Hari ni saya nak share masakan Ayam paprik..kita kan sibuk bekerja, jadi masakan yang dah siap dengan lauk dan sayuran sekali macam ni memang sesuai..2in1...ianya mudah dan boleh menambah selera...al maklum kalau di Kuala lumpur ni sampai rumah pun dah lewat..so masakan 2in1 macam ni la paling mudah...jom cuba :)






Bahan-bahan:



½ ekor ayam di potong kecil (ikut kegemaran) – disalut dengan garam dan kunyit serbuk dan di goreng separuh masak- ketepikan

4 helai daun limau purut

8 biji cili api – hijau dan merah

1 inci halia - mayang

1 biji Bawang besar - potong bulat

4 ulas bawang putih - mayang

2 sb sos Tiram

5 sb sos tomato

4 sb sos cili

1 sudu kecil gula

1 tangkai daun ketumbar

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Garam secukup Rasa

Air secukupnya

sedikit Kacang panjang – di potong 1 inci

Sedikit bunga kobis  - potong kecil



Cara-cara



  1.  Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ayam, tumis bawang putih dan halia yang di mayang hingga naik bau. 
  2.  Masukkan sos Tiram, sos tomato, sos cili, gula dan garam
  3.  Masukkan daun limau purut, cili api dan goreng hingga wangi.
  4.  Masukkan sedikit air (jangan terlalu banyak) masukkan ayam yang telah di goreng separuh masak. kacau rata.
  5.   Apabila hampir masak dan memekat  masukkan kacang panjang, bunga kobis dan bawang besar. Kacau sebati.  Tabur daun ketumbar semasa menghidang.~~ sedia di makan ~~





No comments:

Post a Comment