Followers

Sunday 13 January 2013

Kari ayam





Mula-mula tengok gambar jangan tanya apa yang putih dalam kuah tu, ini lah hasilnya gambar yang diambil terlebih "flash" cahayanya memancar semula...hahhaha... yang penting lauk yang dimasak...kannnn ...hari ni selera akak rasa nak makan kari ayam la pulak..kadang2 bila hari-hari nak fikir fasal menu apa nak masak boleh "FENIN" juga la dibuatnya...kita ikut ajelah kata hati dan selera, baru mood memasak tu datang dengan relahati dan hasilnya pun memuaskan....jom makan kari dengan nasi atau makan dengan roti pun boleh.. :)


Kari Ayam  (5-6 orang)

Bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari daging (saya suka guna babas)
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang – potong empat
1 kg santan pekat
3 biji cili hijau
Garam.


Bahan B (tumis):

1 biji bawang besar di mayang
4 ulas bawang putih di mayang
1 inci halia di mayang
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih


Cara:

1.            Panaskan minyak . tumiskan bahan B hingga garing dan naik baunya. masukkan daun             kari
2.            Masukkan rempah kari dan kacau hingga garing (rempah campur dengan sedikit air)
3.            Masukkan santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam dan kentang.            Masak hingga empuk dan pekat. tambah garam secukupnya.
4.            Akhir sekali masukkan cili hijau yg sudah di potong dua. Biarkan dengan api perlahan dan kuahnya pekat. ~ sedia di makan ~~


Nota : 

sebenarnya dalam masakan saya saya gunakan 1 kg santan kerana kebanyakan santan yang di beli tidaklah terlalu pekat...jika rasa terlalu pekat bolehlah di tambah air atau di kurangkan santan ikut kegemaran masing-masing.

No comments:

Post a Comment