Followers

Sunday 20 January 2013

puding telur cream cracker


Assalamualaikum/ salam sejahtera...puding ni saya buat semalam untuk jamuan sekolah anak saya..walau pun demam semalam..menjadi juga puding ni..maklum dah janji nak buat, jadi kenalah tunaikan. Dalam puding saya ni saya ada potong hirisan strawberry agar rasanya akan jadi masam masam manis...hahhaa tajuk cerita P.Ramlee la pulak...kalau ada biskut2 lemak yg dah masuk angin kerana lupa nak tutup rapat tu, jangan di buang, boleh buat puding ni..tapi kalau dah berkulat atau expired buang je la..nanti sakit perut pulak dibuatnya...:)




Puding Telur Cream Cracker

Bahan:

8 Biji telur
12 keping cream cracker – patah2 kecil
½ tin kecil susu pekat
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
7 sudu besar gula pasir – untuk jadikan gula hangus
1 sudu teh esen vanilla

Cara masak gula hangus:

1.       7 sudu gula tadi di masak atas kuali dengan api yang perlahan hingga       kekuningan. Bila siap, masukkan gula caramel tadi kedalam Loyang.

Cara:

1.       Susu dan cream cracker di rendam.
2.       Kisar telur, susu pekat dan 5 sudu gula. Masukkan ke dalam biskut yang di rendam tadi. Kacau           rata.
3.       Tuang dalam Loyang caramel tadi dan kukus hingga masak. Sedia di makan

Nota : jika suka boleh ditambah strawberry atau buah peach.



No comments:

Post a Comment